Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Rabb Tuhan sekalian alam kerana dengan izin dan kuasanya dapat saya siapkan komik yang masih banyak kekurangan ini.
Kita semua dah maklum yang dunia ni hanya ibarat RnR dalam menuju destinasi kehidupan yang kekal abadi,tetapi...majoriti manusia harini TERlupa hakikat tu.
Kesannya mereka ini leka dan lalai dari mengingati Allah S.W,T dan melakukan perkara yang menyimpang dari perintah dan kehendak Allah.
Firman Allah S.W.T, "Tidaklah kami menciptakan kamu melainkan hanya untuk beribadah kepada-KU"
Jadi sudah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa tujuan hidup kita ni hanyalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Sebagai seorang hamba,perlunya kita untuk patuh kepada perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Setiap perkara yang kita lakukan juga adalah ibadah jika dilakukan kerana Allah dan tidak bertentangan dengan kehendak syarak.
Apabila seseorang itu faham akan tujuan hidupnya,pasti dia akan lakukan segala sesuatu hanya untuk meraih redha-NYA.
Sebagai balasannya,Allah akan menganjari usaha-usaha mereka dengan pahala dan Syurga yang tidak mungkin tergambar dalam fikiran seorang manusia pun di dunia ini.



